Tuesday, 29 December 2015

CONTOH KARANGAN BAHAGIAN A

TAJUK : FAEDAH MENYERTAI PERMAINAN TRADISIONAL




     Pada era globalisasi kini, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk mempopularkan semula permainan tradisional dalam kalangan rakyat. Namun begitu, usaha tersebut kurang mendapat sambutan terutamanya dalam kalangan masyarakat bandar. Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan permainan tradisional kepada rakyat di negara ini?


     Salah satu faedah menyertai permainan tradisional kepada rakyat negara ini ialah dapat mencergaskan fizikal dan memerdekakan minda rakyat. Hal ini kerana, permainan rakyat melibatkan pergerakan anggota tubuh badan secara agresif. Mengasah minda rakyat supaya lebih tajam. Contohnya, permainan sepak raga, dam haji dan galah panjang. Kesannya, otak yang cerdas berada dalam badan yang sihat. Jelaslah, tidak dapat disangkal lagi bahawa permainan tradisional mampu meningkatkan kecergasan tubuh badan dan menajamkan akal fikiran.


     Selain itu, dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat setiakawan. Hal ini kerana, permainan tersebut dimainkan dalam kumpulan yang besar. Contohnya, permainan galah panjang, konda kondi dan sepak raga bulatan. Kesannya persefahaman dan interaksi perlu ada untuk memperoleh kemenangan seperti bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelaslah, persefahaman yang utuh memantapkan tahap perpaduan sesama anggota masyarakat.


     Seterusnya, dapat mengekalkan tradisi budaya bangsa. Hal ini kerana, cerminan dan menefestasi budaya Melayu yang begitu kaya dengan falsafah dan keilmuan. Contohnya, permainan wau dan gasing. Permainan wau dan gasing merupakan warisan orang Melayu Kelantan. Kesannya, seperti tak lapuk dek hujan, dek lekang dek panas. Jelaslah, permainan tradisional merakamkan ketinggian seni budaya masyarakat Melayu dahulu.


     Akhirnya, semua anggota masyarakat haruslah komited dan serius bagi menyuburkan permainan tradisional dari ditelan arus pemodenan pada hari ini. Usaha tersebut perlu dilakukan dengan fikiran yang positif. Kita perlu kembalikan kegemilangan permainan tradisonal kerana banyak kepentingannya seperti kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



TEKNIK MENULIS KARANGAN....


Pendahuluan

   Ayat 1 : Menyatakan tema karangan ( Pada masa kini / Pada era globalisasi kini... )
   Ayat 2 : Kaitkan tema dengan isu pada masa kini.
                Mengapakah tema itu berlaku?
                ( Hal ini kerana ____________ )
   Ayat 3 : Kaitkan dengan peribahasa yang sesuai
   Ayat 4 : Ayat arahan / Berkaitan dengan kehendak soalan
                ( Oleh sebab itu. ___________ )



Isi 1/2/3/4/5

   Ayat 1 : Menyatakan isi utama yang berkaitan kehendak soalan ( salah satu usaha / salah satu                            punca / salah satu kepentingan?
   Ayat 2: Huraian isi > Mengapakah?
                ( Hal ini kerana, ___________ )
  Ayat 3 : Berikan contoh > Bagaimanakah?
                ( Contohnya, ___________ )
  Ayat 4 : Huraian contoh / Kesan tindakan yang dilakukan
               Penegasan isi > menekankan semula isi utama ayat 1.


Kesimpulan

   Ayat 1 : Nyatakan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak lain ( Ayat cadangan )
   Ayat 2 : Kesan sekiranya tindakan atau usaha tersebut dilaksanakan ( masukkan peribahasa atau                       cogan kata atau pandangan tokoh yang sesuai dengan kehendak soalan )